Bangkok Trip - Part 2 - Day 3 - Maeklong Railway Market, Terminal 21, Soi Nana

lepas hati dah panas si driver bawak kali ke lokasi yang salah, sejuk la sket hati bila perut menyejuk pelan-pelan lepas makan
jadi panas balik bila tiba kat sini, ohoiiiiiiiiiii panasnya cuaca!

satu patah pun aku tak faham
kasi pose sikit

cool betul time keretapi lalu ko layan kopi kat sini

jom terus jalan ke depan, dah mula nampak gerai-gerai jualannya ar....penuh tepi rail keretapi...cool gila ar pasar ni!


ngam ngam ar barang jualan tepi landasan, sepanjang landasan tu ar disusunnya







 senang je nak masak tomyam, ko campak je dalam periuk ar...aku tak beli la tapi kahkahkah
 see the freshness!
ko tau ni apa?
aku tak tau....bila aku up gambar ni kat FB, member chinese aku yang duk kat texas bagitau, nilah dill sejenis herba.....aku pun google, eh betul la.
tq kamchin!
dia selalu follow fb aku dan dia follow travelog aku ke bangkok ni.
aku pun suka tengok gambar-gambar dia kat FB, cantik cantik gambar dia.
ni pun aku tak tau amende, nasib ada tulis carissa fruit...bila up kat FB, ada member sama ITM duk kedah komen bgtau dia selalu makan macam tu je masa kecik....pak dia habaq pokok dia berduri.
aku dah google, korang cuba google, betul fakta dia.
dah sampai hujung pasar...jumpa jalan raya camni...mana la 3 org makhluk ni pergi .... aku jalan sorang-sorang tadi, di kebanyakan masa aku memang jalan terhegeh-hegeh dan selalu kena tinggal ngan derang.
inilah maeklong station,stesen terakhir,  keretapi berhenti di sini, kalau korang nak naik keretapi boleh la naik kat sini....kami tak naik keretapi pun, kami tengok keretapi je.
cari 3 orang makhluk, jumpa derang kat sini....sorang jadi anti sosial main handphone, 2 orang lagi dengan seronoknya melayan air kelapa sorang sebiji ... kemain eh!
rileks je landasan keretapi mereka jalan-jalan.....kalau kat malaysia, mati la kena tiup wisel dah
jom kita merayau jugak...ada macam-macam jualan, kami cuma berani minum aje kat sini

 beli tiket kat sini
 masa tiba dan berlepas
 jadualnya




 jom sambung merayau dan cari port nak lepak sebab keretapi nak lalu kejap lagi


manusia semua dah mula ramai memenuhi ruang pasar, sebab tak lama lagi keretapi nak lalu, jadi masing-masing cari ruang nak diri dan tunggu serta mengalami sendiri camner la pasar yang keretapi boleh lalu


 dah ada peniaga yang alihkan kanvas yang hampir dengan landasan bagi membolehkan keretapi lalu
 tengok tu memasing tak sabar nak tunggu keretapi lalu, memasing standby nak capture moment termasuklah budak tudung pink belah kanan tu ar
 rileks je pakcik ni jalan ar, dalam hati dia, jakun ar korang ni semua
 yeayyyyyyyyyyy dah nampak kepala keretapi
 makin dekat!
 ohoiiii dia lalu tepi pipi aku oiiiiiiiiiiiiiiiiii
 saspen betul!
ko tengok sayur tepi rail tu, rileks je tak tercampak atau tergilis
 bontot keretapi, lepas keretapi lalu, semua peniaga naikkan balik kanvas masing-masing dan menolak barang-barang jualan menghampiri landasan semula


 dan masing-masing berpusu-pusu untuk keluar semula dari pasar ni, termasuklah kami.
belanja video sket







perghhhh berasap kepala, panas betul cuaca...dah jom balik hotel terus.
bagitau driver tu nak balik hotel terussssssssssssssssss

lepas mandi manda bagai, aku ngan jujie cadang nak ke Hard Rock Cafe, tapi GB ngan Siti tak nak pi...eh ok je kalau aku pi berdua ngan jujie pun, sebab naik train je pun, dah tak jauh dari hotel.
kami setuju nak ke Terminal 21 untuk makan malam bersama sebelum aku dan jujie ke Hard Rock Cafe.
Bandaraya yang sungguh la sibuk.
 dari hotel kami jalan kaki ke ke Terminal 21 dalam 15 minit je.  Terminal 21 ni shopping mall sebenarnya...GB kata nak makan kat food court, ada kedai halal.
 waktu orang balik kerja....rasa macam kat KL suasananya...hingar bingar, orang ramai, traffic sesak urghhhhhhhhhh
 cantik kan benda alah ni, ada dalam mall....mall dia besar ya amat weiiiiiiiiiiiiiiiiii
menarik konsep mall dia
nak tau pe menarik korang pi google dan datang sini satu hari nanti

sampai kat food court.
food court dia besar, punyalah ramai orang dan maha sesak...GB dan siti kata ada 3 kedai halal, tapi aku macam tak berapa kenan nak makan kat situ...jujie pun sama.
akhirnya kemukakan cadangan amik train dan brenti kat stesen NANA...sebab situ kawasan muslim, senang sket nak makan (aku bagitau derang berdasarkan pengalaman aku travel tahun 2009, aku lepak area NANA, memang heaven sebab situ kawasan muslim)
hahahhaha 2009  gila lama oiiii mau jadi pe tempat tu dah
apa pun jom!
amik BTS skytrain dari stesen asok ke stesen nana....next stop je pun.
THB /person



 dah sampai nana, jom jalan dan cari makan, lapo dah ni
wah dah membangun rupanya area nana ni
dah jadi kawasan orang arab
banyak jual makanan arab, makanan thai pun ada

malam tu kami borong buah


 dari hari pertama aku target nak beli air delima ni, jadi hari ni aku beli sebab betul-betul tergugat dengan kaler air tu
 seriusnya kelat sket la kalau ko minum banyak-banyak, tapi sedap ya ampunnnnnnnnnnnnn fresh betul juice dia
korang tau, kalau datang tadi kami jalan kaki dan kemudian naik train.
balik ke hotel, kami jalan kaki dari Nana ke hotel.
singgah terminal 21 semula tapau pulut mangga (very the sedap)
balik tu semua memang keletihan....aku sorang-sorang pi layan full body massage sebab jujie dah pengsan. GB pun pengsan dan siti pi buat full body massage sorang-sorang tak roger aku sebab dia ingat tak de orang berminat nak pi massage.
aku sampai massage centre, dah dah settle dah nak balik siot betul hahahaha
rekod kami hari ini 
good nite bangkok!







Comments