Part 3 - Day 4 - Lunch, River Kwai Railway

lepas settle check in kat sam guest house,
ya Allah, sesungguhnya kami lapar....tapi nak makan kt mana hahahahaha
kat Kanchanaburi ni agak mencabar juga nak cari kedai makan kalau korang tak tau......melainkan korang sanggup makan roti dan buah hari-hari kihkihkih

sebelum keluar aku google, hasil google menemukan aku dengan kedai ni.
aku cakap kat derang, tak kira, nak makan kat sini jugak....sebab byk kedai halal lain dibuka mula jam 6 petang.
berbekalkan gambar ni, kami bagitau pemandu kenderaan yang kami nak makan kat sini, kat sini jugak!!!!!
tadaaaaaaaaaa ni kenderaan kami
eh muat ke 4 orang bahahahahhaha
muat oiiiiiiiiiiiii hahahahhaha
okeh jom cari kedai tu

dah sampai lokasi kedai, tinggalkan GB settlekan dengan pemandu tu.....kita terus jalan masuk kedai sebab semua tengah kebuluran yang amat
okeh kedai ni sama macam entry kat blog tu
ada gambar bulan bintang, tanda kedai tu halal
ni kedainya, tandas dia superb wei, bersih ya amat.....ada surau jugak siap telekung bagai kalau korang nak solat
menu dia
kalau rasa perut nipis, cakap kat dia kurang pedas ye

3 thai tea, 1 coffee
dah la lapar dan haus, punya azab tak boleh minum selagi sesi fotograpi tak selesai



bila up gambar ni kat FB, ramai komen cawan ni cantik sangat
ye 
memang cantik, tapi sebenarnya ni cawan plastik je, cuma bercorak.
kalau cawan plastik yang tebal tu, memang aku dah bawak balik kot
akhirnya makanan sampai





korang tau tak, makanan dia sedap ya ampunnnnnnnn
pedas ya ampunnnnnnnnnnnnn
hahahahhaha

dah kenyang jom kita sambung perjalanan ke river kwai bridge
jalan di hadapan ada halangan
macam la kat negara ko tak de lembu kan
sibuk jugak nak amik gambar
pehal korang nak snap gambar kami?
akhirnya sampai ke destinasi, river kwai bridge
atau burma-thai railway
cuaca panas masyaAllah, 
korang imagine la ngan rel keretapi tu binaan dia besi okeh
bayangkan kehangatannya oiiiiiii
mau melepuh kulit ko kena rel keretapi tu

ko tau si GB bawak payung, tapi payung tu muat-muat dia sorang je hahahahaha 
keji betul!
aku pun pi la tengok topi yang jual kat gerai-gerai tepi tu, ya ampunnnn tak jadilah nak beli, mesti la mahal kan!
ni ar yang kami nak pi tengok dan jalan atas tu
sedikit ceritanya, lelebih korang google sendiri
akhirnya kami sepakat pi ronda-ronda sekeliling, minum-minum, lepak-lepak, petang sket baru la pi semula ke rel tu 
banyak kelihatan kedai jual barang-barang cenderahati dan lain-lain
tapi cenderahati dia personally aku rasa boring la tengok, macam tak berapa nak kreatif, tapi tshirt cantik dan banyak pilihan
tu buku kalau korang nak baca dan hadam elok-elok, dan sesungguhnya untuk aku yang tak minat sangat sejarah, kita amik gambar buku ajelah ye
sementara derang bertiga beli barang-barang, aku pun pi la cari money changer....duit dah mula susut teruk, jadi kenalah tukar duit hahahaha aku jumpa duit RM500 dalam beg aku, tu mesti duit selit-selit entah bila aku pun dah lupa
rezeki oiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
tak semua money changer terima ringgit malaysia, yang 1st money changer tu tak nak accept ringgit malaysia, yang 2nd money changer tu dia terima 
tapi rate malam la sket kat sini huhuhu

lepas tukar duit, aku nampak benda alah ni
aku pun whatsapp la derang aku kat sini, dan ajak derang.....ko tau derang whatsapp gambar derang tengah melepak kat cafe minum kopi.
siot betul, wa panas-panas kat sini, derang sedap pi lepak cafe ada aircond minum kopi kahkahkah
jujie pun dah pening kepala sebab panas ya ampun
tak pelah, aku pusing-pusing kejap amik gambar



tanda aku dah sampai
apa yang ada dalam jeath war museum

ada bayaran masuk tak la mahal 40 baht je pun
aku tak masuk la tapi, amik gambar dari luar je
cantik gak bangunan dia


di satu sudut ada jual banyak cenderahati termasuklah magnet gambar river kwai bridge tu
30 baht seketul
aku tanya yang tukang jual tu, kul brapa boleh dapat gambar camni.
dia kata jam 5.30 - 6 petang
akhirnya aku pun tak tahan, aku pun join derang lepak kat dalam cafe ni, sebab ada beberapa jam lagi tunggu matahari kurang terik
mestilah order coffee, kat sini coffee dia sedap-sedap
tengah borak-borak kami dengar bunyi hon keretapi
eh ada keretapi ek?
kakakakkaka sebenarnya aku dah dengar 2 kali hon keretapi tu
ehhhh memang betul la ada keretapi lalu huhuhuhu

tak pe, kita tak payah lari-lari, ada rezeki nanti kita tengok la keretapi tu....ni kita pi jalan-jalan dulu teman si jujie nak beli tshirt untuk anak-anak dan tah sapa lagi dia belikan
aku beli tshirt sehelai, sebab nak balik dah tak de baju kahkahkah, aku bawak baju tak cukup selai, padan muka aku kena beli baju

mana satu tshirt aku beli?
kalau korang teka betul, tak de hadiah tau!












Comments

Post a Comment